Hai. Kali ni tip pendek sahaja Bagaimana print chocolate bar wrapper? Kadang-kadang kita lihat macam comel aje kan party ada chocolate bar yang personalised. Ia macam effortless comel, letak aje dah cute sangat. Ok berikut adalah langkah-langkah dia.

mini chocolate bar

chocolate bar mini Cars theme

1. Sediakan design anda

Tak pandai design? Jangan risau.

Saya biasa menempah dari designer. Beli chocolate yang anda inginkan dan beri saiz yang tepat kepada designer.

Saya juga biasanya print sendiri sahaja sebab kadang-kadang terlupa juga nak tempah awal hehe. Saya print guna printer Canon sahaja.

Ada designer yang siap print, ada yang sediakan design sahaja. Jadi tanya dahulu ya.

2. Beli kertas yang berkilat atau glossy paper

Saya gunakan glossy photo paper untuk hasil chocolate bar yang menarik.

glossy photo paper untuk chocolate bar

glossy paper ni akan buatkan printing tidak pecah dan cantik

Print dan potong. Saya gunakan cutter khas.

Tampalkan guna selotape biasa sahaja yang lutsinar tu.

Glossy photo paper ini saya beli di Popular Book Store. RM27 untuk 50 helai. Ada juga yang kata kertas kilat print pamplet atau brosur juga sesuai dan lebih murah. Nanti bila saya dah buat, saya akan kongsikan di sini.

Itu sahaja.

Letak chocolate di piring atau dalam kotak atau goodie bag atau apa sahaja.

chocolate bar Cars

chocolate bar Cars theme Kit Kat size

Tip: Jika nak lebih jimat, beli sahaja pembalut hadiah dan potong. Lagi vintage dan cute.

Untuk menempah chocolate bar wrapper dan party printables yang lain, boleh hubungi designer saya Elly 0123100479 atau Saidah di 0189627762. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

mini chocolate bar

chevron style mini chocolate bar

Bye.