Hai. Hari ni ada seorang comel sangat minta saya update blog. Katanya saya dah lama tak update. Sorry sangat. Saya ada komitmen lain juga jadi perlu bahagikan masa. Ada juga yang lain hubungi saya kata ada baca blog saya. Terima kasih datang ke blog saya ya. Candy Buffet Mickey Mouse ni saya sediakan pada hari yang sama dengan Ferrari Theme. Jarang sangat saya buat 2 majlis sehari sebab nak jaga kualiti. Tapi kali ni saya cuba juga sehabis baik atas permintaan. Candy Buffet ini ditempah oleh Mazlin dari Bukit Katil, Melaka. Gambar tak berapa memuaskan hati saya kali ini, terutama cheesetart tu. Apam polkadot tak sempat snap hihi. Sorry ya.

Mickey Mouse Candy Buffet

Tema Mickey Mouse Candy Buffet ni merah dan kuning.

Mickey Mouse Candy Buffet

Ini choco bar untuk tema Mickey Mouse. Ada Kit Kat dan mini bar.

Untuk sediakan Candy Buffet tema Mickey Mouse, ada banyak contoh di internet. Ada tema vintage, moden, semuanya comel. Kain alas polka dot merah putih tu saya beli dah lama sangat. Semeter mungkin RM3 agaknya. Lupa dah. Yang penting tema ni ada warna wajib Mickey macam merah, kuning, biru, hitam. Boleh juga buat satu tona warna, tapi kanak-kanak biasanya suka warna yang meriah. Tapi tak salah untuk orang besar buat tema Mickey, boleh buat tema vintage tu. Kiranya orang dewasa terperangkap dalam dunia kanak-kanaklah tu. Macam saya, kadang-kadang feeling princess juga haha.

Mickey Mouse Candy Buffet

Mineral water dengan label, lollypops dan mini choc tema Mickey Mouse

Mickey Mouse Candy Buffet

Cheesetart dan cupcakes

Mickey Mouse Candy Buffet

Mickey Mouse Candy Buffet Table

Terima kasih Mazlin tempah dari saya. Jun nanti saya akan sediakan satu lagi untuk anak perempuannya. Terharu juga buat biz ni orang sangat menghargai kerja kita, mungkin sebab ia makanan, jadi ia turun ke hati. Saya memang sangat suka dan ikhlas menyediakan Candy Buffet, suka lihat orang makan dan happy :) . Saya pernah sediakan tema Minnie Mouse, tapi ini kali pertama saya sediakan tema Mickey Mouse untuk boy. Jika ingin sediakan sendiri Candy Buffet yang comel untuk anak anda, boleh KLIK SINI. Ia termasuk panduan Chocolate Fountain juga. Jumpa lagi di tip atau entri yang lain. Bye!