Hai. Lama juga saya tak update kan. Saya suka kongsi tip cuma masa agak terhad sekarang. Anak-anak sekolah dan juga macam-macam kerja lain lagi. Ok cara mudah buat alas meja scallop @ beralun “Candy Buffet” ini saya share sekarang ya.

diy project candy buffet

alas meja candy buffet boleh diy aje

Ok, anda perlu dua lapisan kain. Buat satu lapisan di bahagian bawah. Boleh gunakan apa jua jenis fabrik. Di dalam gambar saya gunakan alas meja bankuet putih yang ditempah. Tapi kalau letak kain yang belum dijahit pun boleh.

Kemudian, letak satu lagi lapisan kain dan labuhnya menutupi bahagian depan meja. Lebih labuh, lebih cantik ia beralun nanti. Boleh guna warna yang kontra agar meja CANDY BUFFET anda lebih cantik.

Sediakan satu pin besar. Agak-agak bahagian tengah kain, dari bawah, lipat/tolak kain ke atas, dan pinkan lipatan yang terhasil.

diy project Candy Buffet

pinkan alas meja Candy Buffet anda

Masukkan kain dilipat tadi ke dalam pin, dan tutup pin tersebut. Sebab tu anda perlukan pin yang besar. Pin lampin bayi pun boleh. Harus diingat, anda bukan perlu cucuk semua lipatan kain, tapi selitkan saja lipatan ke dalam pin. Ia akan jadi seperti gambar di atas. Bukan sahaja di tengah, anda boleh pinkan bahagian tepi, atau di mana sahaja bahagian sisi meja mengikut kreativiti anda.

Kemudian, ikat atau pinkan bunga pom pom/ pom pom ball kepada pin tadi. Bunga pom pom ini anda boleh buat sendiri. Saya malas, jadi saya beli di Kaison aje hehe. Ada pelbagai saiz, jadi pandai-pandai pilih ya.

Itu saja. Mudah kan. Anda akan dapat meja Candy Buffet yang berseri-seri nanti. Dapatkan panduan lengkap sedia Candy Buffet dan Chocolate Fountain DI SINI. Bye!