hi. jumpa lagi di quick entry paper bag polkadot murah.

kepada yang mengikuti blog dan facebook page saya, anda pasti perasan bahawa saya agak selektif dalam memilih dekorasi ataupun item-item untuk candy buffet dan party.

untuk barangan dekorasi, biasanya saya memilih item yang tidak terlalu mahal kerana tidak semestinya barangan yang mahal akan memberikan impak yang menarik. saya lebih menumpukan kepada dessert yang berkualiti seperti cokelat terbaik untuk fountain, buah-buahan segar yang berkualiti, cupcakes dan apam yang betul-betul comel dan sedap kerana semua itu boleh dilihat dan dirasai oleh tetamu. kata orang, “kenyang perut, suka hati kan!” ada kaitan ke hehe :)

sekiranya anda mempunyai bajet khas untuk paperbag mengisi goodies, apa kata anda gunakan tip paper bag polkadot murah saya kali ini?

paper bag polkadot murah

ok paper bag polkadot murah ini boleh anda dapatkan sendiri di MYDIN HYPERMARKET. pergi ke bahagian cenderahati perkahwinan, biasanya ada berdekatan dengan bahagian bunga-bunga. jika di MYDIN Melaka, ia terletak di tingkat atas. bukan sahaja paper bag polkadot ada dijual, malah kelengkapan lain seperti COLOURFUL DOILIES pun ada. saya jarang ke MYDIN kerana tidak membeli barang harian secara in bulk, tetapi bila tersinggah ke sana, tak sangka pula, MYDIN ada menawarkan barangan kelengkapan majlis seperti ini. seperti biasa saya lebih gembira ke bahagian ini hehe!

Harga paper bag polkadot murah: RM13.90 untuk 50 unit
(satu unit 28 sen sahaja)

paper bag polkadot murah

paper bag polkadot murah

paper bag polkadot murah ini adalah comel dan sesuai untuk semua majlis. elak gunakan beg yang terlalu mahal kerana kebiasaannya ia tidak digunakan lagi setelah majlis selesai. cara dekorasi pula boleh merujuk di internet. luangkan sedikit masa dan kreativiti anda dan voila, ia COMEL!

1762014

17520142

apapun, terpulang pada citarasa masing-masing ya. LIKE fb page THEPARTYKRU untuk tips yang berterusan.

sekian tip paperbag polkadot murah.