hi.. jumpa lagi untuk tips kali ini Birthday Cake For Kids..

Fondant Birthday Cake

ok semua mesti cair kan lihat kek fondant yang comel omnomnom sangat macam ni kan.. macam sangat detail dan perfect macam tu. harga kek fondant seperti ini bermula dengan harga rm250 dan ke atas, bergantung kepada isi kek, details yang dimahukan, berat, tingkat kek dan sebagainya. memang comel sangat dan berbaloi dengan harganya..

ok tapi jangan risau kepada anda yang ingin kek yang comel untuk anak anda.. saya akan kongsikan tips Birthday Cake for Kids dengan kos yang lebih murah dan tetap comel..

ok untuk kek kanak-kanak, anda cuma perlu jadikannya COMEL.. itu sahaja.. dan mereka (kanak-kanak) akan gembira to the max. Kanak-kanak adalah sangat suci hati, jujur, tak tahu nilai wang sangat (hehe) dan sangat mudah untuk dipuaskan hati-hati mereka yang comel ni. anda boleh tanya kartun yang mereka suka, dan cuba google gambar kek (tanpa mereka :) ) untuk buat research..

cara yang mudah menghias Birthday Cake for Kids adalah dengan meletak figurine/patung kecil di kek seperti ini..

Pony cake

1. Anda buat research di internet tema yang disukai anak anda. Rahsiakan gambar kek (Penting :) )

2. Survey figurine yang berkaitan. Figurine seperti Pony di atas boleh didapati di pasaraya seperti JUSCO dengan harga RM50 dan ke atas. Patung kecil seperti ini adalah kekal lebih lama berbanding fondant, dan boleh dijadikan hadiah istimewa untuk anak anda.

Anak saya mengumpul figurines dan saya lihat figurines yang berkualiti dan mampu milik boleh didapati di kedai vcd Speedy Video yang biasa terdapat di kompleks membeli belah. Figurines seperti Sofia the First ini boleh didapati dengan harga RM20 dan ke atas untuk setiap satu watak (ada dijual berasingan).

SOFIA

 

superhero1

superhero RM40 ke atas setiap satu

Jadi dapatkan figurines anda di pasaraya atau Speedy Video outlets ya..

speedy video

3. Tempah kek di kedai kek/homemade baker dengan konsep deco yang ringkas/anda mahukan. Anda juga boleh meminta patung kecil hiasan/belon kecil/ lilin berbentuk huruf/nombor daripada mereka.

4. Hiaskan kek anda dengan figurine/ patung hiasan comel atau pun mainan hiasan/mahkota seperti ini..

birthday-cake-princess-crown-636

Anda dapat berjimat, kos kek katakan RM70 + hiasan figurine RM50 jadi total RM120 sahaja. berbanding kek fondant berharga RM250 dan ke atas.. lebih besar kek lebih sesuai untuk tetamu yang lebih ramai. Pilih kek yang sedap dan figurine tersebut boleh dijadikan hiasan kek serta hadiah untuk anak anda..

dan anda juga boleh bereksperimen gunakan cupcakes/ apam polkadots macam ni.. cute kan..

3014

birthday-cake-clown-477

jellies, m&m’s and breakfast cereals to deco

kek dan sambutan hari jadi akan meninggalkan memori manis untuk anak anda sepanjang hayat mereka.. raikan ikut kemampuan seikhlas hati dan anda pasti akan terima ucapan terima kasih sepanjang tahun dan pelukan erat dari si comel anda.. trust me!!

Selamat mencuba tips Birthday Cake For Kids ini.. Bye..