“Bagaimana memulakan perniagaan candy buffet dan chocolate fountain, secara separuh masa, dari rumah?”

princess candy buffet

Selama beberapa tahun mengendalikan servis candy buffet, persoalan yang sering ditanyakan kepada saya adalah:

  • di mana boleh mendapatkan chocolate fountain?
  • di mana boleh mendapatkan balang/jar seperti yang digunakan untuk candy buffet saya?
  • di mana boleh mendapatkan cokelat yang mengalir laju, sedap dan nampak menyelerakan seperti di buffet saya?
  • bagaimana saya membahagikan masa, ruang di rumah dan juga diri saya sendiri untuk bidang ini? 

dan beberapa soalan popular yang lain..

teaparty candy buffet

Perniagaan Candy Buffet dan Chocolate Fountain adalah sama seperti perniagaan online yang lain di mana kesungguhan dan minat memainkan peranan yang sangat tinggi. Merancang majlis untuk mereka yang tidak anda kenali, bukanlah satu tugas yang mudah. Jika perniagaan yang lain membabitkan produk dan pengeposan, perniagaan ini membabitkan produk (dessert) serta kemahiran dekorasi secara live dari anda. Segala perasaan negatif harus diketepikan sewaktu mengendalikan buffet kerana anda memegang amanah dan harapan pelanggan yang menempah dari anda.

Dari sudut yang lain, bidang ini adalah sangat comel, memberi kebahagiaan kepada penerimanya, ya anda memang terharu jika terima ucapan terima kasih dari si comel usia 5 tahun yang suka dengan buffet anda! Ia adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan, apatah lagi sewaktu menerima ucapan terima kasih tulus ikhlas dari pelanggan, yang turut doakan kejayaan perniagaan anda. Ada pelanggan berubah menjadi kakak/adik/kawan, mereka sangat menghargai usaha anda kerana merealisasikan impian mereka.

Jadi berdasarkan pengalaman saya selama 9 tahun menyediakan majlis harijadi anak saya, dan 3 tahun terakhirnya sebagai peniaga Candy Buffet dan Chocolate Fountain yang serius, saya menjawab persoalan “Bagaimana memulakan perniagaan candy buffet dan chocolate fountain” dengan satu nashkah ebook saya yang pertama iaitu:

ebook panduan candy buffet

Bisnes Candy Buffet dan Chocolate Fountain

*Mulakan dari rumah dalam masa 14 hari*

Di dalam ebook ini anda akan mengetahui:

  1. berkenaan semua peralatan dan pembekal;
  2. berkenaan dessert, candy dan cokelat dan kudapan pilihan (marshmallows, buah-buahan dan sebagainya);
  3. teknik khas mengendalikan mesin Chocolate Fountain;
  4. bagaimana mendapatkan tempahan profil perniagaan anda;
  5. bagaimana menguruskan tempahan secara online;
  6. pengurusan masa yang berkesan (meskipun anda bekerja tetap/suri rumah sepenuh masa);
  7. bagaimana set up meja buffet untuk pelanggan anda;
  8. pemasaran yang berkesan.

Klik BISNESCANDYCOCO untuk mendapat penerangan lebih lanjut tentang ebook ini dan juga melihat profil saya.

(*sila klik pada perkataan BisnesCandyCoco di atas untuk pautan laman web ebook saya)

Jangan berlengah untuk menempah dengan HARGA ISTIMEWA. Hadiah PERCUMA FREE PRINTABLES untuk TEMPOH TERHAD sahaja. Harga dan hadiah percuma ini akan dihentikan pada bila-bila masa sahaja! 

Ebook ini akan menjawab persoalan “Bagaimana memulakan perniagaan Candy Buffet dan Chocolate Fountain” anda dalam sekelip mata sahaja :)

Diana Ali

0129061272

thepartykru.blogspot.com

www.bisnescandycoco.com

www.bisnescandycoco.com/blog