Kali ini saya akan berkongsi  Candy Buffet Ideas for Princess Party untuk anda yang mengikuti blog saya ini.

tips candy buffet princess

princess rapunzel

Bagi Candy Buffet bertema Princess, yang merupakan tema favorite di seluruh dunia, watak Princess ini adalah dipilih dari karakter kartun Disney seperti Cinderella, Snow White, Mermaid dan yang terbaru seperti Sofea the First, Frozen dan sebagainya.

Dari pengalaman saya sendiri sebagai penyedia servis Candy Buffet, para ibu sangat menyukai tema ini untuk harijadi puteri mereka, kerana tema ini sangat comel (dengan gaun kembang meleret) dan akan meninggalkan memori manis kepada puteri dan juga ibu itu sendiri :)

Candy Buffet Ideas for Princess Party (dekorasi):

  • Anda inginkan satu dekorasi gaun untuk meja buffet anda.

 

  • Pergi ke kedai yang menjual deko/aksesori murah di pasaraya seperti MR DIY atau HOT MARKET.

 

  • Dapatkan penyangkut aksesori/jewellery holder bergaun seperti ini.

 

jewellery holder

jewellery holder

  • Tanggalkan besi penyangkut aksesori di bahagian kepala (ya ia biasanya boleh ditanggalkan :) )

 

  • Letakkan di atas meja buffet anda.

 

  • Kos : RM15-20 dan ke atas (bergantung kepada saiz, material)

 

Berbanding anda membeli satu patung Cinderella Barbie berharga RM60-100 dan ke atas, atau jika anda memilikinya sebagai koleksi, agak tidak sesuai untuk meletakkan permainan asal yang mahal di meja, kerana kanak-kanak mudah untuk berasa teruja, dan boleh juga mengakibatkan perebutan sesama mereka nanti untuk memegang dan menyentuhnya.

tips candy buffet princess

Jadi mudahkan urusan anda dan juga ibu bapa/penjaga yang membawa kanak-kanak ke majlis anda, letakkan perhiasan yang cantik dan lebih murah, namun masih comel dan menepati tema anda.

Dan anda boleh gunakannya untuk menyangkut aksesori anda selepas itu. Salah satu lagi Candy Buffet Ideas adalah sentiasa membeli barang hiasan yang boleh digunakan berulang kali, mungkin terdiri dari warna kegemaran anda serta boleh digunakan sebagai hiasan di rumah anda. Anda dapat party yang comel dan rumah anda juga menarik!

accessory holder

Sekian Candy Buffet Ideas for Princess Party kali ini dari saya! Semoga bermanfaat.